Berikutan kiriman mesej yang menuduh beliau tidak menghormati artis lain dan membuat keputusan sendiri ketika bergandigan bersama suaminya sebagai penyampai di anugerah FFM30 yang lalu, Fazura tetap dengan pendiriannya mahukan Datuk Hans Isaac memohon maaf.

Enggan memanjangkan lagi isu berkenaan, menerusi Instagram, Hans memuat naik satu kenyataan menjelaskan mengenai isu kiriman mesej tersebut.


BACA: Fazura Tetap Mahu Hans Isaac Mohon Maaf

Hans memberitahu beliau hanya bertanyakan secara baik dengan Fazura susulan berlakunya kekeliruan dimana difahamkan penyampai anugerah semuanya terdiri daripada barisan pemenang FFM yang lalu.



Jelasnya lagi, mesej itu bersifat peribadi antara dua rakan yang beliau kenali selama 16 tahun dan tidak pernah membongkarkan perbualan tersebut kepada mana-mana pihak.

Beliau berkata lagi, diharap dengan penjelasannya itu dapat menjernihkan keadaan dan perkara itu tidak lagi dipanjangkan.

Dalam pada itu, rata-rata netizen berkata ia hanya salah faham sahaja dan berharap isu tersebut dapat diselesaikan secara baik antara dua pihak memandangkan mereka sudah lama berkawan.