fbpx

Datuk Alif Satar Turut Positif COVID-19

Selepas, ibu dan ayah serta adiknya disahkan positif COVID-19, terbaru pelakon dan penyanyi Alif Satar mengesahkan datuknya, Mohamad Che Noh, 91 tahun turut positif virus tersebut.

Menerusi perkongsian di Instagram, Alif memaklumkan datuknya kini dirawat di Hospital Sungai Buloh. Alif turut meminta orang ramai mendoakan untuk keluarganya yang sedang di rawat disana.

BACA: Alif Satar Tenteramkan Hati Dengan Baca Al-Quran

“Pakwan (datuk) saya, 91 tahun juga pesakit Covid-19. Saya minta tolong semua untuk doakan agar Pakwan saya terus kuat dan dikurniakan kesihatan seperti biasa. Semoga Allah merahmati kalian semua.

“Terima kasih warga barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh kerana menjaga keluarga saya dan semua pesakit Covid-19. Anda semua sudah jalankan tugas dengan baik,” katanya.

Dalam pada itu, isteri Alif iaitu Sha Dila Hadid berkata, datuk Alif yang disahkan positif COVID-19 pada Sabtu lalu tidak mempunyai sebarang penyakit kronik.

“Pakwan pun disahkan positif pada Sabtu lalu. Dia tidak ada apa-apa sakit kronik, cuma jalan saja kena pimpin atau pakai tongkat. Mungkin Pakwan terkena jangkitan sebab semua bergilir-gilir menjaga dia. Kasihan juga apabila dia kena,” katanya.