fbpx

Dato’ Siti Nurhaliza Bakal Rakamkan Lagu Ciptaan Aizat Untuk Album Baru

Kita mulakan hari Isnin kita dengan sesuatu yang positif mahu? Asyik gossip cinta, bosan weh.

Kami sebenarnya bangga apabila mendengar ada bakat kelahiran Akademi Fantasia yang boleh di’guna pakai.

Contoh terbaik adalah Aizat yang semakin hari semakin kukuh kedudukan dalam dunia seni hiburan tanah air.

Umum sudah tahu yang Aizat sememangnya berbakat dalam bidang penulisan lagu & ini terbukti apabila kebanyakkan lagu dendangan beliau menerima sentuhan peribadi.

Bakat Aizat terus di’pandang tinggi apabila penyanyi legenda negara, Siti Nurhaliza bakal menggunakan khidmat Aizat untuk album terbaru beliau nanti.

Utusan Malaysia yang menemui Aizat baru baru ini bertanyakan tentang kesahihan berita pengiktirafan bakat Aizat oleh Siti Nurhaliza ini.

“Memang betul dia (Siti Nurhaliza) ada meminta lagu daripada saya & saya sudah pun memberikan kepada beliau,” beritahu Aizat kepada media.

Menurut Aizat, beliau pastinya akan berasa bangga & terharu jika Siti Nurhaliza benar benar merakamkan dan memuatkan lagu ciptaan beliau nanti.