fbpx

Kehadiran Dato’ Michelle Yeoh ke Malaysia sebagai rangka promosi untuk filem terbaru beliau, The Lady yang bakal menjengah ke pawagam berhampiran (atau berjauhan, you pick) pada 3 Mei 2012 nanti.

Pelakon yang pernah membintangi filem besar Hollywood seperti Crouching Tiger Hidden Dragon, Memoirs of a Geisha dan Tomorrow Never Dies hadir ke sessi bertemu media semalam di Hotel Ritz-Carlton, Kuala Lumpur untuk sessi soal jawab yang sememangnya di’nantikan.

Michelle Yeoh berkata beliau tertarik dengan peribadi Aung San Suu Kyi sebelum terlibat dengan filem arahan Luc Besson ini & selepas menjalankan penyelidikan sendiri untuk mendalami karakter, beliau jatuh cinta dengan sifat yang ada pada wanita tersebut.

The Lady mengisahkan perjalanan hidup wanita berhati dan bersemangat waja Aung San Suu Kyi yang menyambung perjuangan bapanya menuntut demokrasi di’negara kelahiran beliau, Myanmar yang sering mendapat tentangan dari pihak tentera yang memerintah. 

“Kerana Suu Kyi merupakan wanita luar biasa. Beliau menjadi sumber inspirasi, gaya hidup beliau, falsafah yang di’pegang termasuklah komitmen beliau kepada cinta & yang lebih penting kesabaran,” ujar Michelle Yeoh dalam satu temubual baru baru ini. (Foto oleh: Cipot Redz)