Datin Shahida Salahkan Netizen Qayyum Dipulangkan?

Dalam perkongsian terbaru Datin Shahida, anak angkatnya, Qayyum sudah pun dipulangkan kepada ibu kandungnya. Dalam pada itu, Shahida meluahkan rasa terkilan terhadap netizen yang kerap membandingkan anaknya dengan Qayyum.

BACA: Aliff Syukri Kesal Ibu Kandung Tuntut Semula Anak Angkat

View this post on Instagram

Saya x sedih pun saya pura2 sedih aja!!! . Nak tahu kenapa saya x bagi kutuk2 mak qayyum lebih2?? . Sebab kalau saya ada di tempat dia maybe saya akan buat yg sama….zaman laman sosial ni……..mcm2 benda boleh jadi…… . Netizen yg start compare Qayyum Ameena dan Yusoff,dari start saya mengandung dah mcm2 komen keluar,dah mengandung nanti pilih kasih,lepas tu dah beranak komen pula kenapa yusoff beranak kat hospital ni kenapa mak qayyum n ameena bg beranak kat hospital lain,dah lahir compare pula majlis cukur jambul,lepas tu compare pula apa yg hadiah yusoff dapat dgn yg ameena qayyum dapat,compare strollers,baju,kasut,bercuti,hari jadi semua lah selagi boleh pakai jari2 tu selagi tu la mcm2 menulis….korang ingat mak dia x baca ke,pastu komen pula kata qayyum lembab la,x sihat la,terencat la…. ameena tak,itu lah inilah…..dan inilah apa yg berlaku sekarang….Belum lagi isu tunjal kepala la….apa lagi nak jadikan isu lepas ni…kadang2 doktor yg suntik pun korang bawangkan sebab kononnya bezakan2 anak yusoff doktor lain ni doktor lain…..dah dia beranak hospital tu…situ lah dia pergi… . Jangan pandai2 nk salahkan mak dia lebih2 sangat sebab jari jemari kita ligat mengutuk… so x perlu nak sedih2 sangat sebab puncanya dari kita semua…. . Saya tidak marah dan berdendam…cuma supaya benda2 ni tidak berlaku pada masa lain…..yg dah jadi x boleh putar balik pun….cuma doakan yg terbaik je dah memadai…saya saya percaya masa akan merawat saya dan juga Qayyum….nak gaduh dgn netizen pun x guna nanti balik2 mereka juga yg betul dan baik….Jangan Bimbang….netizen sentiasa betul,yg salahnya saya….keluarga saya x cukup baik…….apapun don’t worry saya tidak sedih mana pun…pura2 sedih aja?…. . Jangan bimbang pasal Yom sebab Allah punya rencana terbaik….Mak dia pasti jaga dia lebih baik,saya anggap saya tolong jagakan sahaja dalam 1 tahun ni……saya boleh jer x nak bagi tapi mcm mana pun itu tetap mak dia…….jadi x nak kemudian hari saya dipersalahkan sebab pisahkan dia dari mak nya

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

“Netizen yang start compare Qayyum Ameena dan Yusoff, dari start saya mengandung dah macam-macam komen keluar, dah mengandung nanti pilih kasih, lepas tu dah beranak komen pula kenapa Yusoff beranak kat hospital ni kenapa mak Qayyum dan Ameena bagi beranak kat hospital lain”

“Dah lahir compare pula majlis cukur jambul, lepas tu compare pula apa yang hadiah Yusoff dapat dengan yang Ameena Qayyum dapat, compare strollers, baju, kasut, bercuti, hari jadi semua lah selagi boleh pakai, jari-jari tu selagi tu la macam-macam menulis”

“Korang ingat mak dia tak baca ke, pastu komen pula kata Qayyum lembab la, tak sihat la, terencat la. Belum lagi isu tunjal kepala la. Jangan nak salahkan mak dia sangat sebab jari kita ligat mengutuk,” tulisnya.

Dalam masa yang sama, Shahida meminta netizen tidak menyalahkan ibu kandung Qayyum kerana mengambil kanak-kanak itu kembali. Shahida juga percaya perancangan Allah lebih baik buat Qayyum selepas ini.

Untuk pengetahuan, tidak lama selepas Shahida mengambil Qayyum, pasangan itu dikurniakan anak kandung, Yusoff. Sehingga hari ini, Shahida sempat menjaga Qayyum selama setahun sahaja. (rtky/w)

×