fbpx

Datin Shahida Fail Cerai Terhadap Aliff Syukri?

Tiada angin tiada ribut hari ini hangat diperkatakan mengenai rumah tangga usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri apabila timbul dakwaan isterinya, Datin Seri Nur Shahida sudah menfailkan perceraian di mahkamah.

Bagaimanapun, Shahida yang dihubungi oleh Harian Metro enggan memberikan komen mengenai status rumah tangganya itu serta memohon maaf.

BACA: ‘Unfollow’ Isteri Di IG, Rumah Tangga Aliff Syukri Goyah?

“Bab rumah tangga saya tak nak komen. Minta maaf ya,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, apabila ditanya adakah semua anak-anak berada dengannya ketika ini, Shahida hanya menjawab ‘ya’ menerusi aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, Aliff Syukri yang dihubungi juga enggan mengulas mengenai perkara itu.

“No komen”, katanya.

Minggu lalu hangat diperkatakan mengenai rumah tangga Datuk Seri Aliff Syukri apabila apabila usahawan kosmetik itu tidak lagi mengikuti akaun Instagram isterinya, Datin Nur Shahida sekaligus mengundang pelbagai spekulasi netizen.

Berita baik untuk semua! Watsons Malaysia kini sedang mengadakan promosi Beli Satu Percuma Satu untuk produk jenama Watsons terpilih di seluruh Malaysia! Jom serbu cawangan Watsons berdekat di seluruh Malaysia atau beli online di http://bit.ly/2wlS9Xq sekarang!

Promosi sehingga 30 Mac 2020 (SM), 6 Apr (SS). Tertakluk terma & syarat, sementara stok masih ada.