fbpx

Selepas hampir lima tahun, baru-baru ini madu kepada Adira iaitu Datin Red mendedahkan dia mengalami mimpi aneh semasa suaminya Datuk Red berkahwin tanpa pengetahuannya dengan penyanyi itu.

Meskipun suaminya merahsiakan perkara itu, Datin Red atau nama sebenarnya Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim berkata naluri dan firasatnya sebagai isteri sentiasa tepat.

BACA: Adira, Datuk Red Tak Rancang Tambah Anak Lagi

“Okay masa itu mereka kahwin dekat Thailand, saya didatangi mimpi datang seorang wanita memperkenalkan namanya bermula dengan huruf A dan wanita itu bertudung putih mengaku dia madu saya. Ini kisah benar tau, saya tak reka pun, betullah sixth sense seorang isteri,” katanya.

Perkara itu didedahkan Datin Red menerusi Insta Story mengenai reaksinya apabila mengetahui suaminya berkahwin lagi.

Dalam pada itu, Datin Red berkata dia menerima takdir hidup bermadu dan percaya apa sahaja yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ujarnya, suaminya hanyalah pinjaman di dunia.

“Cara saya cari bahagia, korang fikir semua benda termasuklah suami hanya pinjaman di dunia ini dan apa benda yang terjadi ada hikmahnya,” katanya.

Adira berkahwin dengan Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.