fbpx

Adira, Datuk Red Tak Rancang Tambah Anak Lagi

Selamat menimang cahaya mata semalam menerusi pembedahan, Adira Suhaimi tidak merancang untuk menambah bilangan anak lagi kerana bimbang dengan kondisi kesihatan kerana anak sulungnya sebelum ini juga melalui pembedahan.

BACA: Adira Selamat Lahirkan Anak Kedua, Bayi Lelaki

Melalui proses pembedahan buat kali kedua, Adira mengakui sedikit sukar buatnya untuk melalui proses kehamilan lagi. Malah anak keduanya juga difahamkan keluar seminggu awal dari jangkaan doktor.

“Alhamdulillah sudah ada sepasang. Disebabkan kedua-dua anak lahir menerusi pembedahan, jadi saya tidak merancang menambah lagi cahaya mata. Tunggu anak besar sedikit barulah saya akan fikirkan perancangan karier seni”

“Disebabkan kedua-dua anak lahir melalui pembedahan, saya terpaksa jarakkan kandungan. Insya-Allah kalau dikurniakan rezeki lagi, mungkin selepas tiga tahun hamil semula. Kalau keadaan anak dan saya okay, saya tak lama di hospital. Doakan yang baik-baik untuk saya,” katanya.

Dalam masa yang sama, Adira menganggap kehadiran anak ketiga mereka yang diberi nama Asan sudah melengkapi rumah tangga mereka yang kini mempunyai sepasang cahaya mata sejak bernikah tiga tahun lalu. (rtky/w)