fbpx

Datin Red Doa Datuk Red & Madu Tak Jadi Cerai

Madu kepada Adira Suhaimi iaitu Datin Seri Syarifah Norshafila Hassim atau Datin Red mendoakan kebahagiaan suaminya Datuk Red bersama isteri keduanya.

Menjawab soalan pengikutnya di Insta Story, Datin Red berkata suaminya tidak ceria apabila Adira memfailkan perceraian serta tumpang gembira jika mereka tidak berpisah.

BACA: “Mana Mungkin Saya Nak Tinggalkan Dia Sebab Dah Muflis” – Datin Red

“Saya doakan mereka. Semoga jodoh berkekalan berbahgia hingga ke jannah.  Mungkin saya menangis gembira. Saya tak boleh tengok abg red tak happy..dia sangat tak happy pihak sana fail cerai,” tulisnya.

Sementara itu, ada yang bertanyakan sama ada cemburu melihat kemesraan Datuk Red dengan Adira, Datin Red berkata dia tidak cemburu dan sudah pasti akan bersuara jika tidak senang dengan perkara itu.

“Tentulah tidak, kalau saya cemburu tentu video mereka saya tak benarkan masuk dalam media sosial. Tentu saya dah meroyan suruh padam,” tulisnya.

Terdahulu, Adira memfailkan perceraian terhadap Datuk Red pada Oktober tahun lalu atas alasan tiada lagi persefahaman. Kemudian, Datin Red pula memfailkan perceraian pada Januari lalu.

SUMBER: mStar Online