fbpx

Dapatkan KAX, Teman Anda Eksklusif Dengan Xpax Sekarang!

Sekarang ini, pastinya anda semua sudah tahu akan kewujudan patung comel KAX yang menjadi kegilaan para selebriti sehingga ianya dibawa kemana mana sahaja sebagai teman sejati, sehidup semati katanya.

KAX yang menjadi pilihan ramai selebriti kesayangan anda seperti Najwa Latif, Fizo Omar, Yana Samsudin, Nad Zainal dan ramai lagi itu kini boleh anda dapati dengan mudah sekali. Tidak perlu keluar belanja beratus ringgit pun.

Sebelum itu, kalau anda belum tahu KAX ini mempunyai lapan karakter comel untuk anda semua kumpul bersempena dengan demam Piala Dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi. Dan, pasti ada karakter yang kena dengan jiwa anda.

Karakter KAX yang ada adalah Romeo (yang memakai jersi Belanda), Harley (jersi Sepanyol), Jasper (jersi Argentina), Peachy (jersi England), Dolly (jersi Brazil), Foxy (jersi Portugal), Mia (jersi Itali) dan Joey (jersi Jerman).

Bukan sekadar berbeza kerana jersi yang mewakili negara dalam musim Piala Dunia — mereka juga mempunyai personaliti berbeza yang buat mereka menarik untuk dimiliki.

Screen Shot 2014-05-15 at 7.59.57 PM

Dari Jasper yang sentiasa cool & tenang, Romeo yang seperti namanya pandai memikat wanita, Harley yang sukakan cabaran, Joey yang sentiasa cerita sehinggalah Mia yang gemar bersikap spontan dalam apa situasi pun, pasti akan ada yang kena dengan peribadi anda.

Dan, anda pasti tertanya tanya cara untuk dapatkan patung comel KAX ini. Mudah sahaja.

Jika anda pengguna Celcom Xpax, anda hanya perlu melanggan mana mana PEK yang ditawarkan di bawah dan belanja hanya RM7 seminggu. Bukan itu sahaja, jika anda melanggan Mobile Internet pada RM38 sebulan, anda akan menerima 2 KAX.

Screen Shot 2014-05-15 at 8.07.21 PM

subscribe_v_70591a91-5aab-491e-90f0-749e0df1f571

Jika anda belum menjadi pengguna Celcom Xpax, anda hanya perlu mendaftar dan tambah nilai sebanyak minimum RM30 dalam tempoh 7 hari dari tarikh pengaktifan akaun dan anda akan menerima 2 patung eksklusif KAX.

Selepas anda buat semua di atas, anda akan menerima KOD KHAS untuk anda bawa ke mana mana rangkaian Blue Cube atau pengedar sah Celcom untuk mengambil patung comel KAX anda. Itu sahaja, mudah dan seronok!

Jangan lupa untuk dapatkan kesemua lapan patung comel KAX ini sebelum kehabisan kerana ianya edisi terhad! Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi KAX di xpax.com.my/kax. Jom!