“Dapat Seorang Anak Pun Dah Memadai Sangat-Sangat”
Setiap wanita yang sudah berkahwin pasti impikan cahaya mata, sama seperti pelakon Siti Elizad, tiada apa yang lebih berharga melainkan ingin dikurniakan zuriat. Usia perkahwinan sudah memasuki empat tahun, sebelum ini Elizad sering berkongsi cerita bahawa dia sangat menginginkan cahaya mata.
Jika anda mengikuti akaun Instagram Elizad, beberapa hari lalu pelakon itu baru saja berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah bersama suami.
BACA: Siti Elizad Terasa Hati Ditanya Soal Anak
Menerusi entri terbaru, Elizad ada memuatnaik gambarnya sedang mendukung seorang kanak-kanak perempuan berserta kepsyen yang menyentuh hati netizen. Elizad menyertakan doa agar dia dan suami dikurniakan zuriat, serta memohon orang ramai turut mendoakan untuk mereka.
“Wahai Tuhanku, Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik . Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan dari hamba-Mu.
“Doakan kami punya zuriat yg sihat, cantik & sempurna ya semua, dapat sorang pun dah memadai sangat-sangat. Saya juga mendoakan buat para isteri seperti saya . Moga punya rezeki buat kita semua,” tulisnya.
Diruangan komen, rata-rata peminatnya turut mendoakan agar Elizad dipermudahkan untuk menimang cahaya mata serta memberikan kata-kata semangat agar pelakon itu tidak berhenti berdoa. Apa pun Allah adalah sebaik-baik perancang dan kami mendoakan agar Elizad cepat dikurniakan zuriat.
InsyaAllah elizad we will pray for your journey of getting precious one. Aminnnn.
Aamin…
Semoga Allah permudahkan urusan mu…amin =)
Kenape pakai telekong hitam.putih kan elok?
Kalau pakai telekung merah ke telekung hijau ke, pun tak pe. Kau dah otak cetek sgt kenapa sengallllll
Does it matter apa colour pun …adoi…… Otak tempurung betul …
Dah ramai yg berjaya hamil lps buat treatment pembersihan rahim jamu seri dewi malam. Simple je, murah n mudah. Tak sakit lgsung. Nmpak mcm rawatan kampung. Tak kisahlah asalkn berhasil dan tak memudaratkan. Lps buat treatment byk kotoran keluar. Konsepnya bila rahim bersih senaglah nak mengandung. Sila jgn kecam. Nak kongsi kebaikan je. No harm trying
Aaamiinn…moga Allah perkenankan