fbpx

Siti Elizad Terasa Hati Ditanya Soal Anak

Siapa tidak sedih jika sering diajukan soalan mengenai zuriat. Begitu juga dengan Siti Elizad yang masih tidak mempunyai cahaya mata walaupun sudah dua tahun berumah tangga. Lebih menyayat hari apabila ada yang mendakwa dirinya sengaja menangguhkan keinginan itu demi kerjayanya.

“Siapa yang tidak mahu anak? Seperti wanita lain yang bergelar isteri, keinginan untuk memiliki zuriat sendiri tidak pernah terpadam. Mungkin rezeki saya dalam dunia seni lebih murah dan kerana itu, Tuhan belum memberi rezeki saya menimang cahaya mata”

“Saya yakin aturan Allah. Cuma, kadang-kadang tipulah jika saya tidak sedih dan terguris dengan orang sekeliling yang kerap bertanya soalan yang sama. Dalam hal ini, saya bersyukur kerana suami dan keluarga amat memahami”

“Usia saya semakin meningkat, tambahan pula saya mempunyai ketumbuhan dalam rahim. Ini kali kedua saya menghidapinya. Doktor ada memaklumkan selepas menjalani pembedahan, saya harus menangguhkan hasrat untuk mengandung selama setahun,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Bagaimanapun Elizad tetap tidak berhenti berusaha untuk menimang cahaya mata, dan katanya, beliau merancang untuk bertemu pakar kesuburan untuk mendapatkan pandangan. Apapun Allah adalah sebaik-baik perancang, diharap Elizah terus tabah menghadapi dugaan ini. (rtky/w)