fbpx

Danial Zaini Tak Nak Minta Maaf, Cabar Iqbal Kahwini DSV Dulu

Baru-baru ini, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida iaitu Ahmad Iqbal meluahkan rasa kecewa apabila kisah cintanya dijadikan parodi.

Susulan video itu, pelakon Catriona Ross telah pun memohon maaf, namun lain pula buat seorang lagi pelakon parodi tersebut, Danial Zaidi tidak merasakan dia perlu memohon maaf.

BACA: Iqbal Depresi Kerana Video Parodi, Catriona Ross Mohon Maaf

Menurut Danial, dia hanya akan memohon maaf jika Iqbal membuktikan hasrat berkahwin dengan jutawan kosmetik berkenaan dan bukan hanya gimik untuk melariskan jualan sahaja.

“Saya hanya akan mohon maaf kepada Iqbal selepas dia buktikan apa yang dia buat itu bukan semata-mata content untuk marketing busines dia.

“Kalau betul dia kahwin dengan DSV, barulah saya akan minta maaf. Sebab saya rasa seluruh rakyat Malaysia tahu yang kisah mereka ini hanya untuk content saja.

“Tak perlulah berlakon… sudah-sudah la tu. Kita hidup di zaman 2021, jadi jangan anggap semua orang tak tahu,” katanya.

Dalam pada itu, Danial berkata dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon malah mereka tidak menyebut nama mana-mana pihak dalam video berkenaan.

“Tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon untuk menjalankan tugas seperti yang diarahkan. Kami tak sebut nama mana-mana individu dan jalan cerita berbeza. Tapi kalau dia terasa, itu terpulang kepada dia,” katanya.

Terdahulu, Iqbal meluahkan rasa terkilan dan terguris hati dengan gurauan berkenaan. Malah, Iqbal berkata dia turut berdepan depresi apabila ditekan dengan pelbagai tohmahan.