fbpx

Damn You Japanese! Paris Hilton Tidak Jadi Jejak Kuala Lumpur

Sebenarnya pengaruh selebriti bernama Paris Hilton ini tidak’lah sebesar mana di bumi Malaysia ini, sekurang-kurangnya pada kami.

Namun apabila mengetahui yang Paris Hilton merancang untuk berada di Kuala Lumpur hujung minggu bagai satu peluang untuk kami berlaga bahu dengan selebriti yang terkenal dengan sedozen kes polis & video lucah ini.

Namun, orang Jepun sebagai seorang Jepun, melarang kemasukan Paris Hilton dek kerana undang-undang negara itu yang melarang kemasukan mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Paris Hilton yang baru dua hari lepas mengaku bersalah di Las Vegas atas tuduhan memiliki dadah di’tahan & di soal siasat selama 6 jam sebelum di’suruh pulang. Kejam.

Paris Hilton di’jadualkan berada di Pavilion Kuala Lumpur Jumaat ini bagi melancarkan koleksi terbaru musim luruh dan sejuknya di pusat membeli-belah terkemuka di Malaysia itu.