fbpx

Dakwaan Nazmi Faiz — Rita Rudaini Tidak Terkejut

Ya masih dengan kisah Nazmi Faiz dan dakwaan beliau yang Aidil Zafuan mempunyai hubungan sulit dengan bekas kekasihnya, Tengku Fiella.

Awal malam ini, pemain bola sepak yang kini berpengkalan di Portugal itu mengeluarkan kenyataan meminta maaf & meminta semua pihak tidak menyalahkan Aidil Zafuan kerana beliau tidak mempunyai sebarang kaitan.

Kenyataan Nazmi Faiz melalui akaun Twitter itu merupakan yang pertama semenjak isu ini menjadi perbualan peminat dunia hiburan pagi tafi.

BACABekas Kekasih Nazmi Faiz & Aidil Zafuan Ada Hubungan Sulit?

Individu yang terkena tempias isu ini sudah tentulah isteri kepada Aidil Zafuan sendiri, Rita Rudaini dan bercakap kepada Utusan Malaysia hari ini beliau menyatakan dakwaan Nazmi Faiz bukan satu kejutan.

“Ini bukan kes pertama dia dikaitkan dengan perempuan, sudah banyak kali. Saya sudah lali dengan cerita cinta dia sampaikan tak mahu fikir lagi dengan siapa dia hendak bercinta, biarkanlah dia dengan cara hidupnya”

“Cuma saya harap, dia akan selesaikan kes mahkamah kami dengan baik dan ingat akan tanggungjawab kepada anak-anak yang sudah sekian lama diabaikan,” ujar Rita Rudaini.