fbpx

Dakwaan Hayun Besi Dalam Pergaduhan: Azad Jasmin Hanya Pertahan Diri

Bunyi seperti serius kes pergaduhan yang melibat Azad Jasmin & beberapa orang lelaki yang terjadi di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), kira kira dua minggu lalu.

Salah seorang lelaki yang terlibat dengan pergaduhan itu telah membuat laporan polis mendakwa dia dihayun dengan besi oleh seorang pelakon bernama Azad Jasmin.

Ekoran kejadian, lelaki itu telah menerima lima jahitan & dua jari kakinya patah selain mendakwa Azad Jasmin sebagai punca & pencetus pergaduhan yang berlaku.

“Saya hanya pertahankan diri. Ketika itu saya mahu mengundur kereta selepas membelikan makanan kerana isteri yang sarat mengandung sembilan bulan mengidam makan nasi kandar”