fbpx

Nampaknya kemelut antara Linda Rafar dan Delegasi Jururawat Malaysia masih tiada kesudahan. Khamis lalu, Linda memaklumkan peguamnya sudah menghantar surat tuntutan permohonan maaf dan ganti rugi berjumlah RM2 juta daripada Delegasi Jururawat Malaysia (DON) kerana menjejaskan reputasinya.

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan media, persatuan terbabit memberitahu kenyataan Linda menerusi sebuah artikel tidak benar. Malah, Delegasi Jururawat Malaysia turut menafikan pihak mereka berhasrat untuk memulakan tindakan guaman hingga ingin menuntut wang RM1 juta daripada Linda.

BACA: Linda Rafar Tuntut Permohonan Maaf, Ganti Rugi RM2 Juta

Delegasi Jururawat Malaysia juga memberitahu, pihaknya juga tidak pernah dihubungi atau dijemput oleh pihak Linda Rafar untuk mengadakan sebarang perbincangan sebelum penerimaan surat notis tuntutan tersebut.

Dalam pada itu, persatuan itu berkata, kes saman seorang Jururawat ke atas Linda masih berlangsung dan akan mula perbicaraan sekitar bulan Mei.

Persatuan itu turut menjelaskan, pihaknya hanya menjadi pemudahcara bagi membantu jururawat yang difitnah oleh Linda.

Sementara itu, Delegasi Jururawat Malaysia bakal membuat laporan polis dalam masa terdekat ke atas Linda Rafar berkenaan kenyataannya yang disiarkan di Harian Metro tersebut kerana ianya didakwa berunsur fitnah.