fbpx

Dakwa Difitnah, Isteri Dedah Sikap Sebenar Ezany Nizariff

Jika sebelum ini Ezany Nizariff menceritakan pahit getir perjuangannya menyelamatkan rumah tangga malah turut mendakwa bahawa isterinya itu curang, kini isteri pelakon tersebut, Lizda Nuryanti Abidin mendedahkan perkara dan perangai sebenar Ezany melalui mStar Online.

BACA: Ezany Nizariff Bercinta Dengan Janda Berstatus Datin Paduka

Menurut isteri Ezany, semuanya sudah bermula pada malam pertama selepas majlis bersanding apabila dia terbaca mesej yang kurang enak untuk didedahkan kepada umum namun tidak terlalu ambil pusing terhadap perkara tersebut.

“Masa nak kahwin dia tak ada duit. Tapi dia gunakan dulu duit saya RM30,000. Dia hanya bayar mas kahwin. Dia kata nak bayar balik tapi sampai sekarang tak bayar. Anak-anak pun tidak dipedulikannya. Semua hal anak-anak saya yang uruskan. Yang lain, semua duit saya. Fikirkanlah sendiri,” jelas isterinya itu.

Malah melalui perniagaan belacan juga, Lizda mendakwa Ezany sudah mula menunjukkan rasa tidak jujur apabila tidak menunaikan janji sebagaimana persetujuan yang telah ditetapkan sebelum memulakan perniagaan.

“Bisnes tu saya yang uruskan dari A sampai Z sampailah uli belacan, beli udang di Kuala Selangor pun saya buat. Kita ingat nak hidup sempurna membantu suami tapi suami hanya “jual” muka saja. Sebelum buka syarikat, dia setuju untuk kongsi keuntungan 50-50 dengan saya”

“Tapi bila dah buka syarikat, dia hanya bagi saya 7 peratus saja keuntungan. 93 peratus lagi milik dia. Masa tu kami dah mula bertengkar sebab dia dah mula tak jujur tetapi saya masih bertahan. Gaji saya yang dijanjikannya RM3,000 sebulan, satu sen pun tak dapat,” dedah Lizda lagi.

Mengakui hanya merasa bahagia pada tahun pertama perkahwinan, Lizda juga beranggapan bahawa kemungkinan Ezany membuat laporan polis bagi memudahkan kerja Ezany untuk mendakwa dirinya nusyuz (derhaka) di mahkamah. Tambah Liza, cerita mengenai dirinya curang dan lari ikut lelaki lain hanyalah rekaan semata-mata.

“Saya minta satu saja. Kalau sudah tidak sukakan saya lagi, ceraikanlah saya dengan baik dan hentikanlah menjaja cerita buruk isteri sendiri”

“Selama ini saya berdiam kerana saya tak tahu saluran mana untuk mempertahankan diri tetapi hari ini saya dah ada kekuatan untuk berdepan situasi ini. Saya harap dan doakan mereka bahagia tetapi lepaskanlah saya dengan baik,” kata Lizda menutup bicara. (rtky/s)