fbpx

Daiyan Trisha Sibuk Jadi Princess, Netizen Samakan Beg Dengan Bawang

Baru-baru ini pelakon Daiyan Trisha menjadi perhatian apabila berkongsikan dirinya berada di Southern France, Chicago.

Menerusi perkongsian di Instagram, Daiyan dilihat mengenakan ala-ala ‘princess’ berwarna krim dan emas sambil memegang beg tangan.

BACA: Daiyan Trisha Nak Nikah Di Mekah

@daiyantrisha22

busy being a princess

? And I Love Her (live) – The Beatles Revival Band

Daiyan turut menulis kapsyen pada perkongsiannya itu mengatakan dirinya sibuk menjadi puteri.

Diruangan komen, rata-rata netizen tertarik dengan beg tangan bulat yang dibawa oleh pelakon itu serta mempersoalkan isi didalam beg berkenaan.

Malah, ada segelintir netizen menyamakan beg tersebut dengan bawang holland serta ada yang mengatakan beg itu dilihat seperti lampu.