Daiyan Trisha Nak Nikah Di Mekah
Pasti ramai tahu pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha kini berada di Tanah Suci menuanikan ibadah umrah kali kedua di bulan Ramadan.
Baru-baru ini, perkongsian Daiyan di Insta Story menjadi perhatiah apabila meluahkan hasratnya untuk bernikah di Mekah.
BACA: Bakal Tunai Umrah Kali Kedua, Daiyan Trisha Mohon Doa
Menurut Daiyan, dia berharap hasratnya itu dipermudahkan walaupun dia belum lagi mempunyai calonnya lagi.
“Cinta hati saya. Kalau ada rezeki nanti, nak nikah di sini. Ya Allah Amin, permudahkanlah. Masalahnya calon pun tak ada lagi dah fikir nak nikah mana,” tulisnya.
Sebelum ini, Daiyan ada memuat naik gambar dan video momen ketika berada di Tanah Suci. Daiyan turut berkongsikan nombor bilik hotel sama dengan nombor bertuahnya iaitu 222.
“Ini nombor bilik saya. Sebenarnya pada asalnya ini bukan bilik yang saya dapat. Saya dan ibu tak dapat akses bilik pertama kemudian kami tukar kad bilik dua kali dan bila dapat sahaja bilik baharu, ibu berkata ini nombor kelahiran saya!” tulisnya.
- SUMBER
- oh Bulan
tu la menipu lagi cakap nak kawin la apa la dekat radio dulu semata2 nk views dkt youtube lagu tak semenggah kau tu. Kau tengok sekarang, andartu dah !