fbpx

Daiyan Trisha Kecewa Dituduh Jadi Sukarelawan PPV Untuk Cari Populariti

Dalam tempoh pelaksanaan lockdown ini, ramai selebriti tampil menyumbang tenaga sebagai sukarelawan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), termasuk pelakon Daiyan Trisha.

Menerusi Instagram, Daiyan tidak lokek berkongsikan aktivitinya menjadi sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Bagaimanapun ada pihak menuduh artis yang menjadi sukarelawan hanya mahu meraih populariti semata-mata.

BACA: Ramai Nak Vaksin Di UKM Gara-Gara Daiyan Trisha, Ada Yang Sanggup Ambil Lebih 2 Dos

Di Twitter, tular status seorang netizen ini yang menuduh artis yang menjadi sukarelawan hanya pergi ke PPV untuk bergambar. Netizen itu turut menduuh artis yang menjadi sukarelawan hanya bekerja selama 15 minit kemudian beredar.

Sedar mengenai status tular tersebut, Daiyan tampil memuat naik kenyataan berhubung tuduhan berkenaan. Menurut Daiyan, dia menjadi sukarelawan selama beberapa hari dan bekerja selama 5 hingga 10 jam.

Meskipun dituduh ke PPV membawa rakan-rakan dan jurugambar, namun dia tidak pernah merungut kerana baginya apa yang dilakukannya hanya sumbangan kecil jika dibandingkan dengan frontliners.

Kata Daiyan lagi, dia dapat mengesan individu yang memuat naik status berkenaan yang juga merupakan sukarelawan di PPV serta tahu bahawa seharian dia berada di PPV.

Menurut Daiyan, meskipun individu tersebut melemparkan fitnah terhadapnya namun dia mengucapkan terima kasih kerana individu itu sudah pun meminta maaf dan memadam status berkenaan.

Diakhir perkongsian itu, Daiyan turut meminta mereka diluar sana supaya tidak menyebarkan kebencian dan diharap apa yang berlaku dijadikan pengajaran.