Seperti kita tahu ramai selain menyampai dakwah, ramai pendakwah agama kini membuka perniagaan sendiri untuk jaminan di masa hadapan. Tidak ketinggalan, penceramah bebas Da’i Wan juga kini sibuk mengusahakan peniagaannya.
Difahamkan, Da’i Wan menceburkan diri dalam dunia perniagaan dengan membuka butik kecantikan kereta di Kangar, Perlis. Menerusi perkongsian di Instagram, Da’i Wan memohon maaf jika banyak persoalan fekah di Instagram di terjawab.
BACA: Isu PU Abu, Caprice Minta Da’i Wan Berlaku Adil
“Maaf semua yang bertanya soalan-soalan Fekah di ruangan DM yang tak terjawab. Saya benar-benar kesibukan. Nanti bila perniagaan dah berjalan lancar saya akan kembali memberi perkongsian dan mengikuti segala urusan semasa kita,” katanya.
Menerusi perkongsian itu, Da’i Wan meluahkan rasa syukur impiannya untuk membuka sebuah ‘pusat kecantikan’ kereta dan motor tercapai. Malah, Da’i Wan turut menawarkan khidmat mencuci kereta secara percuma kepada ahli agama.
“Jangan ingat seorang Ustaz muda dan penceramah bertauliah tidak boleh memiliki impian untuk membuka sebuah ‘Pusat kecantikan kereta & motor’. Kita berimpian, Allah swt mengizinkan ia menjadi kenyataan.
“Saya juga ingin memaklumkan, mana-mana Ustazah, Ustaz, ‘Alim ulama’ yang hadir ke Perlis untuk berceramah, singgah di kedai saya untuk memberi basuhan kereta secara percuma,” katanya.
Dalam pada itu, Da’i Wan berkata dia memulakan perniagaan tersebut kerana mahu membantu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan pada anak-anak muda Islam ketika ini.