Isu PU Abu, Caprice Minta Da’i Wan Berlaku Adil
Nampaknya, ramai yang geram dengan tindakan PU Abu yang menceraikan isterinya menerusi aplikasi Whatsapp yang kini sarat hamil tujuh bulan untuk berkahwin dengan seorang janda muda.
Isu tersebut turut mendapat perhatian Da’i Wan yang menjelaskan mengenai hukum menceraikan isteri ketika hamil adalah ‘harus’ dan sah disisi agama Islam.
BACA: “Harus Hukumnya Ceraikan Isteri Yang Sedang Hamil”
Bagaimanapun, kenyataan Da’i Wan itu menimbulkan kemarahan netizen yang dilihat berat sebelah kerana enggan memberikan teguran kepada PU Abu sedangkan sebelum ini beliau dikenali sebagai seorang pendakwah yang lantang bersuara dan sering menulis surat terbuka menegur golongan artis serta Instafamous.
Penyanyi rap, Caprice turut mengulas mengenai isu tersebut serta meminta agar pendakwah itu berlaku adil. Kata Caprice lagi, jika ingin memperjuangkan Islam sepatutnya memberi teguran tanpa mengira status seseorang.
Diruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dan menyokong kenyataan Caprice. Netizen mengatakan misi untuk berdakwah adalah untuk semua dan tidak mengamalkan sikap double standard.
Dalam pada itu, menerusi Instagram PU Abu membuat permohonan maaf dan menyesali di atas perbuatannya itu. Diharap kontroversi tersebut dapat diselesaikan secara baik dan semoga bekas isteri mendapat keadilan sewajarnya.
- SUMBER
- BeautifulNara
Melayu mmg byk hipokrit…. terkejut?
Ini yg patut disebat…
menzalimi wanita tgh ngandung pulak. mmg kena kecam le. pencetus kemarahan…. pu lembut peluk isteri? semuanye x leh pakai! hebat lakonan masing2.
semakin tinggi serban, semakin xleh caya wey. tu la pasl…
nasihat org mmg sng ..diri sendiri? cam kes apit hamidun tu. poyo je sume ni wehhh. acah2 lebai padahal…. pliz lah. ukurlah manusia itu dri perbuatan bukan sekadar ucapan..:()
memang dah jadi kebiasaan orang kita sekarang, buat salah, buat malu diri sendiri, buka aib then cakap minta maaf/sorry. Senangnya macam tu? Bila nak sekolahkan orang kemain pandai, tapi bab diri sendiri tak fikir dulu apa tindakan dan kesan yang akan terjadi.
PENUNGGANG AGAMA!
Aku tak geram isu pak abu.aku sakit hati.wife yg preggy ko bole lak cerai?takda akal punya pak abu
Islam hanya di IC.. straight lagi teruk plak ckp tsunami?
“Dan barangsiapa yang menutupi (aib) seorang muslim sewaktu di dunia, maka Allah akan menutup (aibnya) di dunia dan akhirat”
(Hadits Riwayat Imam at-Tirmidzi)
Maaf cakap, bila saya buka FB baru2 ni.. Boleh kata 70% adalah mengenai aib orang atau paling dahsyat adalah aib tuan badan sendiri. FB seumpama jadi luahan segala aib yang ada..
Dari viralnya ustaz ceraikan isteri sebab nak kahwin dengan janda.. kariah Masjid hentam NGO, pihak masyarakat kritik pihak berkuasa kononnya tak mahir menjalankan tugas demi kepentingan peribadi.. sampailah hal rumahtangga pun siap upload gambar2 “orang ketiga”, segala whatsapp message dan muka bekas suami sendiri.
Kami netizen bila dapat baca bab2 aib ni, tahu makan popcorn dengan buat fingers exercise je la.. Taip komen kritik sesuka hati tanpa mengetahui cerita sebenar langsung. Nak tahu macam mana sebab netizen memang orang luar daripada segala isu rumahtangga orang.
Kecoh macam mana pun keadaan di antara dua pihak, pasti ada pendamaian suatu hari jua.. Bayangkan bila keadaan dah makin cool, masing2 nak move on dah tapi aib masih tersebar jauh kat internet. Netizen siap printscreen, media buat tajuk sensasi utk dapat untung Ads, biar tuan badan tutup FB account sekalipun.. Aib yang tersebar sendiri dah tak boleh tarik balik. Tiada sesiapapun mampu padam segala cerita yang dah viral..
Sebab tu Islam suruh jaga aib orang, termasuklah aib diri sendiri.. Manusia hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai maruah dan imej, sakit hati mcm mana pun pergilah tumbuk dinding ke, buat solat tahajjud atau tulis diary ke.. Jangan sesekali tuliskan segala aib dalam social media.
Sakit hati macam mana pun, simpan jalan keluar untuk diri sendiri daripada segala keadaan.. Supaya kita dapat mencari penyelesaian dan pendamaian suatu hari jua. Bila rasa runsing dan helpless.. Carilah jawapan daripada al-Quran, hadis sahih.. Islam sebagai panduan kehidupan dalam segala penyelesaian biarkan bagaimana zaman berubah.. Bukannya cari jawapan daripada tentera bawang al-netizen.
Bila hati rasa geram, tutup la hp dan hentikan segala social media sementara.. Doakan Allah agar memudahkan segala urusan dan berikan jalan keluar.
yg berkopiah..berhaji..alim ulama blom tentu smpurna…acah2 mulia…behujah berhadis sane sini..tpi hati..hitam!!!
cerai isteri
pilih janda.
itu bukan PU
itu p*ssy!
Menzalimi kaum wanita tgh hamil? Islamik? Podahhhh!
perangai lebih teruk dari pondan. ckp x serupa bikin.
Baik tunggang agama jangan ditunggang setan macam kamu semua..
Tunggang… tunggang kona baring!
Byk ustaz pelesu cam ko.
kau buat isteri kau jadi janda sebab nak selamatkan janda. walau apa pun alasannyer kau tetap kejam. otak letak kat lutut.
Xminat da’i wan. Cerita pumpang pumpang dia, pon kahwin naik pelamin gah nak mampus .tak elok tunjuk kat org :p
Suami yang zalim adalah suami yang menceraikan isterinya yang mengandung, knapa x ada sekelumit belas kasihan, dia mengandungkan anak halal utk kmu…knpa bodoh sgt ni, ikut nafsu setan, suami mcm ni mmg tak bole idup didunia ni..apalagi jadi pendakwah, layakke jadi pendakwah sedangkan kmu sndiri otal x betul…baik jadi macai..
.ngandung ni bkn senang cik oii..penat..lelah..kaki bengkak sana sini..ya Allah itu tk dgn perut boyot berat nk bawa ke ulu ilir…jalan mcm penguin..nafas boleh jadi pendek…perut krem..kaki krem…tu tk azab masa bersalin lg..koyak kat bawah tu.kena jahit…kl normal.kl bedah haa..ya Allah… suami la yg jadi kekuatan isteri masa dia nak melahirkan anak tu..kalau suami da tinggalkan dia nk bergantung pada siapa lg.kenapa la tak pikir panjang..tk kesian kat isteri tu ka?kl bt lagu ni kenapa sanggup nk kawen ngan dia..kenapa naya dia…ya Allah betul betul bersimpati ngan bekas isteri dia..kesian kat anak dalam perut tu..perlukan seorang AYAH bila dia da datang ke dunia ni…sis doakan kamu kuat ya…