fbpx

Dai Wan Putus Asa Nasihat Faiz Roslan

Sebelum ini Dai Wan pernah beberapa kali menasihati kelakuan Faiz Roslan yang keterlaluan di media sosial, namun pendekatannya yang ‘dilihat’ kasar oleh netizen membuatkan Dai Wan pula dikritik kerana menegur.

BACA: Mufti WP Mahu Jumpa Faiz Roslan

Tidak mahu dianggap menghukum umpama Tuhan, Dai Wan menjelaskan, sudah masanya beliau beralih dari ‘mereka’ kerana merasakan dirinya gagal menegur. Dengan bersahaja, Dai Wan hanya ucapkan semoga ‘mereka’ diberikan hidayah.

Kalau dilihat pada luahan Dai Wan di laman Twitter, beliau seakan terkilan dengan sesetengah netizen yang mengecam beliau dalam menegur Faiz dan rakan-rakan. Dan sekarang dengan adanya video baru, Faiz seolah tidak serik.

Bagaimanapun keluhan Dai Wan mendapat sokongan ramai yang rata-rata berterima kasih kepada beliau yang sudah sedaya upaya menegur Faiz. Pelik zaman sekarang ni, ustaz pula dimarah apabila menegur sesuatu kemungkaran. (rtky/w)