fbpx

Mufti WP Mahu Jumpa Faiz Roslan

Akibat terbuka memberitahu dirinya tidak berpuasa dan tidak solat, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menjemput selebriti instafamous Malaysia, Faiz Roslan untuk bertemu dengannya.

BACA: Isu Faiz Roslan: Sharnaaz Rela Masuk Penjara?

Menerusi kenyataan yang dikemukakan di Facebook, Zulkifli menyedari isu yang hangat diperkatakan orang ramai mengenai Faiz yang terus memuat naik video berpakaian wanita, selain beraksi keterlaluan di bulan puasa.

Ramai mendesak pihak mufti mengenakan tindakan terhadap salah laku Faiz yang seolah menghina agama Islam. Pun begitu, Zulkifli menjelaskan sebarang tindakan undang-undang yang ingin diambil adalah di luar bidang kuasa Mufti dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Kalau tidak silap rasanya tempoh hari, Faiz secara langsung telah memohon maaf terhadap tindakannya dan ingin mengurangkan video. Nampak gaya macam cakap tak serupa bikin, makin menjadi-jadi pula! (rtky/w)