fbpx

Da’i Syed Menitis Air Mata Terpaksa Bermalam Lagi Di Lokap

Selepas 13 hari berada dalam tahanan polis bagi tuduhan salah laku seksual, pendakwah muda Da’i Syed menitis air mata apabila terpaksa bermalam di lokap lebih kurang tiga malam lagi kerana tidak sempat membayar ikat jaminnya hari ini.

Ia susulan pihak penjaminnya tidak sempat untuk melakukan pembayaran wang jaminan bernilai RM35,000 tersebut akibat kekangan waktu sebelum kaunter bayaran di mahkamah ditutup pada pukul 5 petang.

BACA: Da’i Syed Tak Mengaku Laku Seks Luar Tabii

Sehubungan itu Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Syah Iqmal terpaksa dihantar ke Pusat Tahanan Reman Sementara Beranang, Selangor sementara menantikan proses ikat jamin selesai.

Dalam pada itu, peguam Da’i Syed agak terkilan kerana pertuduhan dimulakan agak lewat dan susulan itu pihak penjamin tidak sempat membayar wang ikat jamin di kedua-dua mahkamah terbabit.

Katanya lagi, penjamin Da’i Syed merupakan pengurus serta abang kandungnya sendiri akan menguruskan hal urusan jamin itu selewat-lewatnya Isnin depan.

Difahamkan, pendakwah selebriti tersebut melalui hari yang panjang setelah dihadapkan ke atas tiga pertuduhan di dua mahkamah berbeza di Petaling Jaya dan Shah Alam.

Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas dua pertuduhan termasuk cabul dan melakukan seks luar tabii. Pihak berkuasa Petaling Jaya dikhabarkan terus membawa Syed ke Mahkamah Shah Alam untuk meneruskan dakwaan atas pertuduhan merogol.