fbpx

Da’i Izzhar: Solat Masih Sah Tapi Perbuatan Itu Haram

Seringkali gerak geri Awal Ashaari menjadi perhatian dan baru-baru ini, Awal hadir dengna imej rambut blonde – dan pastinya ada netizen yang kurang senang dengan perkara tersebut walaupun Awal sudah menjelaskan dengan cukup jelas tentang proses pelunturan yang dilakukan pada rambutnya.

BACA: Netizen Mahu Awal Ashaari Terus Gantikan Janna Nick

Melalui mStar Online yang mendapatkan kenyataan daripada Da’i Izzhar, tiada masalah buat Awal untuk menunaikan solat namun terdapat beberapa perkara yang berlandaskan agama perlu dijadikan panduan.

“Mewarnakan rambut ada tiga syarat iaitu bahan-bahan yang digunakan halal dan tidak menghalang air serap dalam rambut. Warna itu juga tidak boleh menyerupai kaum dari agama lain dan pemilihan warna tidak pelik seperti putih, ungu atau merah”

“Tiada masalah untuk Awal menunaikan solat kerana ia sah memandangkan dia tidak menggunakan pewarna rambut. Solat masih sah tapi perbuatan itu tetap haram”

“Melainkan kalau dia tak ubah warna rambut boleh mendatangkan kemudaratan dalam kehidupan atau kesihatannya, barulah dibenarkan,” jelasnya.

Jika mahu melayan kerenah netizen, sampai ke sudah tidak habis. Apa pun, Awal pastinya mempunyai jawapan tersendiri di atas pilihannya itu. Okay, sudah jelas, bukan? Sekarang boleh sudah anda move on untuk berita seleriti seterusnya. (rtky/s)