fbpx

Da’i Farhan Minta Isteri Berbakti Turunkan Ilmu Hair Stylist

Meskipun terpalit dengan pelbagai kontroversi dan dikecam teruk, namun Da’i Farhan dan isteri barunya, Dr Erin tetap bahagia melayari bahtera rumah tangga. Malah, Da’i Farhan juga dilihat sering berkongsikan momen manis bersama isterinya di Instagram.

Baru-baru ini, satu perkongsian Da’i Farhan mendapat perhatian ramai dimana pendakwah itu berkongsikan kebolehan isterinya dalam menggayakan dan menggunting rambutnya. Malah, Farhan turut menyarankan isterinya membuka salon untuk wanita Muslimah.

BACA: Ucapan Sweet Da’i Farhan Untuk Hari Jadi Isteri Tersayang

Perkongsian Da’i Farhan itu turut mendapat reaksi positif daripada isterinya yang bersedia untuk menurunkan ilmu dandanan rambut kepada sesiapa sahaja yang berminat.

Terdahulu, kontroversi rumah tangga pendakwah itu hangat diperkatakan apabila muncul surat terbuka daripada seorang individu yang merupakan rakan baik bekas isterinya mendakwa Da’i Farhan bernikah dengan seorang janda anak lapan secara senyap-senyap.