Ucapan Sweet Da’i Farhan Untuk Hari Jadi Isteri Tersayang
Kontroversi rumah tangganya sudah semakin reda, baru-baru ini Da’i Nik Farhan memuat naik gambarnya bersama Dr Erin berserta ucapan manis dan istimewa sempena hari jadi isteri kesayangannya itu.
Perkara itu dikongsikan oleh Da’i Farhan menerusi Instagram miliknya. Menerusi perkongsian itu, Da’i Farhan turut mengatakan tarikh 19 Disember adalah hari istimewa buat mereka berdua.
BACA: “Rasa Nak Buat Novel Cinta Pengkid Yang Tak Kesampaian”
Da’i Farhan turut mendoakan isterinya itu dilimpari rezeki yang barakah serta berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Da’i Farhan turut memberi kata semangat kepada isterinya untuk terus memberi manfaat kepada masyarakat dalam dunia perubatan.
Dalam pada itu, Da’i Farhan turut meminta isterinya supaya tidak mempedulikan kata-kata mereka yang iri hati dengan kepakaran isterinya dalam bidang kedoktoran.
“Kenangan yang indah tercipta pada tarikh 19 haribulan ni..Sanah Helwah buat isteriku tercinta. Moga sentiasa disinari cahaya kebahagiaan dalam hidup, dilimpahkan rezeki yang barakah, sukses selalu dunia akhirat..Amiin..
“Teruskan semangat memberi manfaat pada masyarakat dalam dunia perubatan dan kesihatan. Abaikan kata-kata mereka yang iri hati dengan ketokohan sayang dalam bidang kedoktoran,” tulisnya.
Difahamkan, Da’i Farhan dan isteri kini sedang bercuti di Korea Selatan bersama kelapan-lapan anak daripada perkahwinan terdahulu Dr. Erin.
Terdahulu, kontroversi rumah tangga pendakwah itu hangat diperkatakan apabila muncul surat terbuka daripada seorang individu yang merupakan rakan baik bekas isterinya mendakwa Da’i Farhan bernikah secara senyap-senyap.
admin, boleh dah rasanya hentikan “update” pasal farhan dan erin. lagi update , lagi byk publisiti bodoh kite bagi dekat diorang.
“ketokohan syg dalam bidang kedoktoran”. terbelahak siot lunch aku makan tadi adoi
Sudah2 la update psl dia org ni..muak..annoying..cari la cerita2 yg lebih menarik..
hentikan kisah mereka…muntah aku…
tula. bosan. ape farhan and erin ni byar rotikaya ke ape suruh update.
iri hati takder..menyampah tu 100%
Minta semua netizen lepas ni jgn lagi komen pasal mereka ATTENTION SEEKER nih ….
Ok aku nak stop baca rotikaya sbb x habis2 cerita psl dua ekor ni…bohhsaann. Plus dah berderet2 org komen kt bwh ni suruh stop tulis DR but admin mcm pekakkan telinga je kan. Ok bai!
Ya..admin RK dpt apa2 imbuhan dr depa ke yg asyik update citer bosan depa dua nih?
Satu lg, knpa RK asyik up si bini kaabah tu dgn gelaran DR.?
MELOYAKAN
Kau masih kucingtaik…
Nak report polis lah …….
Bagusla Paan.. acik puji hang..
Sanggup susah payah jaga 8 org anak tiri & abaikan 2 org anak kandung…
#jandakanbinidanbinikanjanda
Bina kebahagiaan diatas kesengsaraan
Tahniah
Tembok negara China pun tak leh lawan pasangan cinta kaabah ni.
she is not a doctor. stop calling her as doctor. she does not have either phd nor medical degree !
Chill guys.korang tak rase ke rotikaya ni just nak menganjing diorg nih.hahaha
Aku banned rotikaya lepas ni sbb x habis2 cite psl dua eko penyangak ni.