Peguam Dedah Da’i Farhan Cerai Isteri Pertama Melalui WhatsApp?
Rumah tangga Da’i Nik Ahmad Farhan hangat diperkatakan apabila pendakwah itu mengumumkan telah berkahwin dengan seorang janda anak lapan ketika isterinya sedang sarat hamil anak kedua mereka.
Tiada angin tiada ribut, pendedahan dari seorang peguam mengenai rumah tangga pendakwah muda itu ternyata mengejutkan netizen yang memaklumkan Da’i Farhan sudah menceraikan isteri pertamanya dengan talak satu melalui aplikasi WhatsApp.
BACA: “Layakkah Samakan Cintanya Dengan Kisah Cinta Nabi?”
Perkara itu didedahkan oleh peguam terkenal, Asiah Abd Jalil menerusi Facebook miliknya yang mengesahkan bahawa dia sudah pun mendengar lafaz cerai yang disampaikan menerusi voice note.
Tambah peguam itu lagi, alasan bercerai kerana Fatin nusyuz dan telah memfitnah suaminya. Lebih mengejutkan, peguam itu memaklumkan Fatin mendakwa telah dipukul dan dikurung oleh Da’i Farhan dan laporan polis sudah pun dibuat.
Menurut peguam itu lagi, Da’i Farhan kini dikatakan berada di China bersama isteri keduanya. Setakat ini, masih tiada sebarang kenyataan lanjut berhubung perkara itu daripada Fatin mahupun Da’i Farhan. Malah tiada sebarang status di muat naik menerusi media sosial masing-masing.
Terdahulu, isteri pertamanya, Fatin Nur Ain akui kecewa dengan tindakan suaminya yang berkahwin lagi dan pada awalnya redha dalam paksa, namun kini dapat melalui ujian tersebut dengan baik.
Pukul lagi jantan s!@/ sepatutnya kau ditembak dgn senapang gajah…harap ada org guna2kan biar kau tak boleh up!!! Muka dan perangai hodoh!!!
ko aniaya org pasti ada balasan utk ko..dunia atau akhirat…ustaz hanya pd nama tp agama tak ada…benci betul aku org tunjuk alim hanya pd luaran
Bkn dah ada petisyen ke suh boikot dan haramkan dia dri bg ceramah pasni?! Aku hrp org ramai buat laporan kt Jakim supaya siasat bdk ni! Haramkan dia dari bidang ni sbb dia ni penunggang agama yg membawa imej buruk pd “rahmatan lil a’a lamin”
Boikot semua program ada DIE ni..
Meluatnya..
Rahmat sekelian alam utk useless tart saja ke??
Perkara begini boleh Ke didedahkan pada umum oleh peguam..? Sekadar bertanya tanpa menyokong mana 2 pihak..
Bro Atan –
Yes, boleh to that extend. She gave a generic statement to confirm the case. Asiah is a human right lawyer.
Sekesian kesian aku yg kena buang keje ni.. Kesian lg nasib sis.. Harap bertabah ye sis.. .. Mudah2an kesulitan sis dipermudahkan..
Kepada semua penerbit program tv yg berlandaskan agama..
Tolongla adakan garis panduan yg ketat kpd peserta2..
Biarlah program itu berkualiti & pemenang memang layak dari semua aspek..supaya dihormati oleh semua pihak
Astarafirullah….. Makin ramai lah pulak Uztaz Fake skarang ni… Lagi lah banyak alasan utk bdk2 muda skarang bagi alasan bila d suruh gi bkajar agama dgn alasan ” Bukan blh percaya uztaz2 semua penipu”???!!!
So amacammmm…..