fbpx

Isteri Baru Buka Mulut Pertahankan Da’i Farhan

Kontroversi rumah tangga Da’i Farhan hangat diperkatakan apabila pendakwah itu mengakui sudah pun menceraikan isteri pertamanya yang sedang sarat hamil dengan talak satu menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp.

Susulan tindakannya itu, pelbagai kecaman negatif dilemparkan terhadap pendakwah muda itu, malah ada yang menggelarnya penunggang agama kerana sanggup menceraikan isteri yang sedang sarat hamil.

BACA: Adik Dedah Ibu Tak Restu, Da’i Farhan Buang Keluarga?

Mungkin tidak tahan suaminya terus dikecam dan terpalit dengan pelbagai fitnah, isteri keduanya yang dikenali sebagai Dr Erin tampil membuat mulut mengenai apa yang melanda rumah tangganya.

Dr Erin berkata sangat beruntung suami berpoligami jika si isteri menjaga aib sesama isteri. Malah dia mengetahui kedudukannya sebagai isteri kedua dan banyak mengalah dalam segala hal untuk pastikan rumah tangga aman.

Namun, pihak satu lagi sering mencari kesalahan dan memburukkannya. Malah, Dr Erin menyindir adakah ini sifat seorang ustazah solehah yang kuat imannya, tetapi dalam diam buruk perangai dan merancang untuk membuka aib orang lain serta menjadi batu api.

Terdahulu, Da’i Farhan mengaku sudah menceraikan isteri pertamanya Selasa lalu, bagaimanapun, pendakwah itu menafikan dakwaan bahawa dia telah melakukan kekerasan terhadap bekas isterinya.