fbpx

Da’i Farhan Kembali Rujuk Dengan Bekas Isteri Pertama Pada 1 Syawal

Tahun lalu hangat diperkatakan mengenai kontroversi rumah tangga pendakwah bebas, Da’i Nik Farhan dengan kedua-dua bekas isterinya, Fatin Nurul Ain dan Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim.

Sekian lama menyepi, nama Da’i Farhan kembali menjadi bualan apabila dilihat ada memuat naik fotonya bersama bekas isteri pertama, Fatin duduk di pelamin mengenakan busana seperti pengantin, siap bermahkota di Insta Story.

BACA: Bekas Isteri Da’i Farhan Keguguran Selepas Diceraikan

Nampaknya Aidilfitri tahun ini lebih bermakna apabila Da’i Farhan sudah pun kembali rujuk dengan bekas isterinya, Fatin pada 1 Syawal lalu.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fatin dilihat berkongsikan foto persandingan mereka serta mendoakan ikatan rumah tangga yang dibina kali kedua itu bahagia hingga ke akhir hayat.

“Saling bermafaan memberi ketenangan itulah akhlak Rasulullah. Hati yang memaafkan adalah hati yang bersangka baik dengan apa yang berlaku.

“Semoga apa yang berlaku sudah tertulis, tiada kebaikan untuk memendam rasa. Semoga masa dan hari-hari yang mendatang melupakan memori lalu. Doakan kebahagiaan kami dunia dan akhirat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fatin turut meluahkan rasa syukur apabila kedua anaknya dapat merayakan hari lebaran bersama bapa kandung setelah setahun terpisah.

“Tahun ini merasalah beraya di sini. Alhamdullilah syukur tahun ini Allah beri rezeki lain menyatukan hati dan keluarga kami. Walaupun PKP dapat juga anak-anak merasa hari raya bersama-sama sebagai keluarga besar,” ujarnya.

Terdahulu, Da’i Farhan mengejutkan ramai apabila mendedahkan sudah berkahwin dengan Dr Erin, janda anak lapan di Mekah.

Pendakwah itu dikecam ramai apabila perkahwinan mereka itu tidak diketahui oleh isterinya Fatin yang ketika itu sedang sarat hamil anak kedua mereka. Lebih mengejutkan, Da’i Farhan menceraikan isteri pertamanya dengan talak satu pada 3 Disember 2019.

Bagaimanapun, perkahwinan Da’i Farhan dan Erin hanya mampu bertahan lima bulan sahaja apabila berpisah pada April tahun lalu.