Kontroversi rumah tangga Da’i Nik Ahmad Farhan hangat diperkatakan apabila muncul surat terbuka daripada seorang individu yang merupakan rakan baik isteri pertamanya mendakwa pendakwah itu berkahwin dengan janda anak lapan secara senyap-senyap dan tidak diredhai.

Susulan itu, Da’i Farhan membuat laporan polis dan tuntutan saman terhadap individu tersebut. Malah, beberapa individu lain bakal diambil tindakan undang-undang kerana didakwa menyebarkan fitnah terhadap dirinya.


BACA: Isteri Pertama Da’i Farhan Akui Kecewa Namun Redha

Menurut Da’i Farhan, dia telah pun membuat dua laporan polis untuk tindakan selanjutnya. Menerusi entri itu, Da’i Farhan turut meluahkan rasa syukur serta meninggalkan peribahasa ‘terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata dapat mudarat’.

Dalam pada itu, Da’i Farhan berharap semoga apa yang berlaku dapat dijadikan pengajaran buat semua netizen agar menggunakan media sosial secara berhemah dan tidak menyebarkan fitnah tanpa mengetahui kesahihannya.

Terdahulu, Da’i Farhan tampil menjelaskan dakwaan individu yang juga merupakan rakan baik isterinya kerana mahu membalas dendam dan tidak boleh menerima isterinya reda untuk hidup bermadu.