fbpx

Isteri Pertama Da’i Farhan Akui Kecewa Namun Redha

Kemelut rumah tangga Da’i Nik Ahmad Farhan hangat diperkatakan apabila muncul surat terbuka daripada seorang individu mengenai pendedahan pendakwah tersebut yang sudah berkahwin lagi dengan seorang janda anak lapan.

Susulan itu, Da’i Farhan tampil menjelaskan dakwaan individu tersebut yang juga merupakan rakan baik isterinya kerana mahu membalas dendam dan tidak boleh menerima isterinya reda untuk hidup bermadu.

BACA: “Mungkin Kerana Dendam Sampai Viralkan Perkara Fitnah”

Meskipun Da’i Farhan sudah pun membuat penjelasan, namun masih ramai yang mengecam pendakwah tersebut. Akhirnya, isteri pertama Da’i Farhan iaitu Fatin Nur Ain tampil menjelaskan segala kekusutan berlaku menerusi kenyataan di Facebook.

Kini sedang sarat hamil anak kedua, Fatin memberitahu suaminya pernah memaklumkan lebih awal hasratnya untuk berkahwin lagi. Bagaimanapun, akad nikah yang diadakan di Mekah diketahui daripada ibu mertuanya.

Fatin memberitahu dia akui kecewa dengan tindakan suaminya itu dan pada awalnya redha dalam paksa. Namun, Fatin berkata dia kini dapat melaluinya dengan baik serta diberikan kekuatan di atas ujian tersebut.

Ujarnya lagi, perkara itu sudah dua bulan berlalu, malah dia dan madu sudah pun bertemu empat mata bagi membincangkan hal rumah tangga mereka bersama.

Dalam pada itu, Fatin berkata dia akui terkejut serta tidak menjangkakan surat terbuka daripada rakannya itu. Fatin juga mengakui pernah meluahkan masalah kepada rakannya itu kerana ketika itu berada dalam keadaan tertekan dan memelukan teman untuk mendengar luahan hati.

Fatin juga menyeru kepada semua pihak agar menghentikan segala tohmahan dan fitnah kepada mereka sekeluarga serta menerima keputusannya yang akur untuk berpoligami meskipun ramai yang tidak boleh menerima hakikat di atas penerimannya itu.