fbpx

Caprice Sakit Hati Diejek Acah-Acah Speaking, Pelat

Baru-baru ini, hangat diperkatakan apabila penyanyi rap Caprice ada memuat naik video didakwa mengajuk aksi lucah dilakukan oleh lelaki didakwa mirip pendakwah terkenal.

Menerusi soal jawab di Insta story, Caprice ditaya netizen ‘Adakah seronok menjatuhkan dia?’. Tampil menjawab pertanyaan itu, Caprice berkata dia hanya mahu mendapatkan keadilan.

BACA: “Terang-Terang Nampak Burung, Tapi Masih Ada Yang Kata Deepfake”

“Dengar sini, apabila berjuang untuk mendapatkan keadilan, seseorang itu perlu jatuh. Tetapi, sebagai seorang Muslim, kita ada tanggungjawab, apabila dia jatuh (sudah didedahkan), kita kena ubatkan dia ke jalan Allaha. Insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, dalam satu pertanyaan lain, Caprice mengakui sakit hati apabila diejek ‘acah acah’ bercakap dalam bahasa Inggeris.

“Saya dah lima tahun bagi ceramah, masuk TV, buat konten, tapi baru-baru ini satu Malaysia kecam cakap saya acah-acah ‘speaking’, pelat. Itu semua agak menyakitkan hati,” katanya.

Terdahulu, hangat mengenai kemelut Caprice dengan pendakwah itu ketika semasa sama-sama menjayakan misi kemanusiaan Gaza, Palestin.