fbpx

Dah Kosongkan Rumah, Shuk Sahar Ucap ‘Bye Bye’ Pada Rumah RM1.2 Juta

Berapa bulan lalu, pelawak Shuk Sahar memaklumkan mahu mahu menjual rumah banglo miliknya pada harga RM1.2 juta kerana memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan.

Menerusi perkongsian terbaru, Shuk memuat naik video mengucapkan selamat tinggal kepada rumahnya yang sudah pun mempunyai pemilik baru.

BACA: Shuk Sahar Terpaksa Jual Rumah Walau Berat Hati

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@shuk_sahar)

Dalam video dikongsikan itu, turut memaparkan proses memindahkan barang rumah dari kediaman dua tingkat tersebut. Shuk turut menyertakan kapsyen mengatakan bahawa mungkin ada rezeki lebih baik di masa akan datang.

Perkongsian Shuk itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berterusan meninggalkan komen mengenai isu kecurangannya serta mengatakan ianya balasan kerana curang dengan isterinya.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen bersimpati dengan nasib pelawak itu serta berharap Shuk belajar di atas apa yang berlaku.

Terdahulu, Shuk berkata dia mahu menjual rumah berkenaan kerana perlu menjelaskan hutang kad kredit dan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)