Shuk Sahar Terpaksa Jual Rumah Walau Berat Hati
Baru-baru ini, pelawak Shuk Sahar memaklumkan mahu mahu menjual rumah banglo miliknya pada harga RM1.2 juta kerana memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan.
Beberapa hari lalu, Shuk memberitahu rumahnya terletak di Denai Alam, Shah Alam itu sudah ada pembeli dan sudah pun membayar wang pendahuluan.
BACA: Rumah Banglo Shuk Sahar Sudah Ada Pembeli
Terbaru, menerusi sesi live TikTok, Shuk mengakui masih sayang akan rumahya itu namun disebabkan sudah hampir 5 bulan tiada tawaran bekerja untuk membayar RM4,000 setiap bulan untuk rumah berkenaan.
Ketika sesi live itu, Shuk turut berkongsi cerita diawal pembelian rumah tersebut dari tapak rumah sehingga ianya dibangunkan.
Shuk turut memberitahu dia juga pernah disaman disebabkan menambah ruangan lain di rumahnya serta terkenang momen dimana dia menjalani kuarantin di rumah berkenaan sedangkan masih belum didiami lagi.
Dalam pada itu, Shuk berkata dia mempunyai masa beberapa hari lagi untuk setuju menjual rumah berkenaan atau mungkin ada yang berminat untuk menyewa rumahnya itu.
Terdahulu, Shuk berkata dia mahu menjual rumah berkenaan kerana perlu menjelaskan hutang kad kredit dan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Tak hargai rezeki yg halal iaitu isteri. Cari pulak yg haram iaitu skandal. So, ditarik la balik rezeki yg lain2.
Pengajaran untuk kita semua. Hati2, terutama klu dah berumahtangga
Melayu miskin dulu, hutang keliling pinggang. Pelajaran tak ada tapi nak hidup mewah. Harap kan duit job je, tak ada pekerjaan tetap, lepas ni melalak minta bantuan dari kerajaan
btui kata Michael ANG, biar rmh kecil dulu, jgn terus gedabak…, sbb ianya berhutang, lgi2 di Lembah Kelang, bkn buat di tapak tanah sndiri, ada beza,
dh tau job x menentu, bermusim, boleh pulak buat komitmen bsr mcm ni. yg lagi x menahan, boleh pulak buat halllllll dgn pompuan lain, seolah2 mampu nk tanggung 2-3 mulut, alih2 mulut sndr pun x bersuap
Jangan sekali Kali sakiti ati isteri …isteri tu magnet rezeki..skali bini ko mengalir air mata ko tunggu la sat g balasan dari Allah…
Umah Shuk dia desain renovasi sungguh up.. mcm ada equarium gergasi dipermukaan rumah tingkat atas. Patutlah dah ada pembeli yg dah bayar deposit takut ada org lain ambek dgn harga RM1.2 juta tu. Untung lah pembeli tu dpt umah shuk. Jeles jugak aku ngan pembeli bertuah tu sbb aku tak berupaya nak beli ngan harga tu.
1. mungkin doa seorang isteri yang teraniaya. Rezqi ditarik supaya shuk tahu tinggi rendahnya langit;
2. kalau rumah tu pernah kena saman sebab buat reno haram, percayalah, ia SUSAH nak dijual sbb kalau tiada kelulusan maka insuran rumah pun tak nak cover. so, aku rasa dia acah2 je bab dah ada org berminat nak beli. aku rasa lah.
good luck, shuk. semoga sabar dgn kifarah dan ujian yang diturunkan.
Aku khuatir yg dikatakan dah bayar deposit tu budak suruhan yg sama dihantar untuk menganggu proses lelong umah sajjad dulu.