fbpx

Dah Kali Ketiga, Fasha Sandha Tetap Gementar Nak Bersalin

Selepas dua kali mengalami keguguran, Fasha Sandha mengakui trauma untuk melalui proses bersalin. Ujarnya, meskipun pernah melahirkan dua anak sebelum ini namun perasaan gemuruh dan takut masih ada.

Kandungannya kini sudah mencecah lapan bulan, Fasha berkata doktor sudah pun memberitahunya untuk bersiap sedia. Ujarnya lagi, barang kelengkapan bayi pun masih belum dibeli lagi susulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ni.

BACA: Fasha Sandha Terkejut Terima Panggilan Dari Sugu Pavithra

“Walaupun pernah melahirkan dua anak, saya tetap rasa gementar dan fobia kerana kali terakhir saya melahirkan anak adalah sekitar enam tahun lalu. Lagipun pengalaman keguguran membuatkan saya amat fobia.

“Barang kelengkapan masih belum dibeli kerana kebetulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ni. Insya-Allah minggu depan baru nak mula beli barangan untuk bayi perempuan kami,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Fasha berkata pengalaman dua kali keguguran membuatkan dia lebih berhati-hati dan sentiasa berdoa kepada Allah agar kandungannya itu selamat.

“Saya mengikut segala nasihat doktor iaitu lebihkan makan suplemen, kurangkan pergerakan pada trimester pertama serta berdoa dan tawakal agar kandungan ini selamat sehingga dilahirkan,” katanya.

Fasha berkahwin dengan Aidil pada 30 Mac tahun lalu dan kehamilan ini adalah bayi pertama mereka selepas keguguran sebanyak dua kali.