fbpx

“Dah 5 Tahun, Nombor Telefon & Rumah Saya Masih Sama”

Sudah lama anak-anak tidak bertemu dengan bapa kandung semenjak bercerai, Rita Rudaini tidak pernah menghalang Aidil Zafuan untuk berjumpa dengan kedua anak mereka. Rita juga memberitahu, sudah lima tahun bekas suaminya itu tidak berjumpa dengan anak-anak.

BACA: “Tak peduli Orang Nak Kata Saya Rindu Atau Gila Talak”

“Saya tidak pernah ada masalah dengan bekas suami malah tidak pernah menghalangnya untuk berjumpa dengan anak-anak.

“Jika dia hendak berjumpa atau menghubungi anak-anaknya saya masih menggunakan nombor telefon yang sama serta tinggal di rumah yang sama,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Rita berkata dia yang sering bertanyakan kepada anaknya sama ada mahu berjumpa dengan bapa mereka kerana anak-anak tidak pernah meminta untuk berjumpa dengan Aidil.

Sebelum ini, ada memuat naik kenyataan di Instagram mahu membawa anak-anak menonton perlawanan bola sepak bekas suami, Rita memberitahu dia sebenarnya membuka ruang kepada Aidil untuk bertemu anak-anak.

“Mereka tak pernah minta nak jumpa Aidil, tapi saya sendiri yang sering bertanya adakah mereka hendak berjumpa.

“Mereka beritahu hanya akan pergi jumpa bapanya jika saya izin dan jika saya bersama-sama dalam perjumpaan itu. Saya pun kata saya okay serta tiada masalah.

“Itulah sebenarnya saya sengaja membuka ruang pada Aidil untuk berikan sendiri tiket bola sepak ketika perlawanan AFF Suzuki baru-baru ini. Supaya ada juga ‘bonding’ antara bapa dan anak tetapi nampaknya ia tidak menjadi,” ujarnya.