Pemergian anak sulungnya memberi kesan mendalam buat pelakon Amyza Aznan dan rasa rindu tidak pernah padam meskipun sudah lima bulan dijemput Ilahi.
Menerusi satu perkongsian di Threads, Amyza memuat naik video sedang menjalani penggambaran, namun kapsyen ditulisnya membuatkan ramai sebak.
BACA: Amyza Aznan Menangis Terima RM191,947, Pak Nil Serah Sumbangan Orang Ramai Untuk Adrian
View on Threads
Pada hantaran itu, Amyza berkata sudah limat bulan dia menghantar mesej serta menghubungi telefon Allahyarham Andre Mikhail namun tidak berjawab.
“Hello, Assalamualaikum Andre Mikhail. Sudah lima bulan mummy telefon dan teks Andre tapi tak jawab. Mummy rindu anak,” tulisnya.
Perkongsian Amyza itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak serta berkongsikan kisah mereka pemergian orang tersayang.
Allahyarham Andre Mikhail yang menghidap kanser paru-paru tahap tiga menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada 23 Februari lalu.