fbpx

Dafi Rela Dimarahi Jika Ada Tak Puas Hati Kepimpinan Bapa

Selepas bapanya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9, penyanyi Dafi berharap bapanya melakukan yang terbaik untuk rakyat.

Kata Dafi lagi, dia tidak mahu melihat rakyat dalam keadaan tertekan dan tidak kisah jika orang ramai luahkan kemarahan kepadanya jika tidak puas hati dengan kepimpinan bapanya.

BACA: Ramai Mengaku Adik Beradik Dafi Sejak Bapa Jadi PM

“Saya diamkan sahaja. Kalau mereka (rakyat) rasa dengan menyalurkan rasa marah dan kecewa mereka kepada saya boleh buat perasaan itu hilang, silakan. Saya cuma tak nak orang stres sahaja.

“Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Begitulah sebab saya tak boleh halang apa orang nak buat dan saya mahu semua orang kekal positif,” katanya.

Menurut Dafi dia mengakui sudah menerima pelbagai kritikan sejak bapanya menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi dan sudah biasa dengan perkara tersebut.

Dalm pada itu, Dafi mengatakan dia sangat bertuah kerana ada seseorang yang dekat dengannya boleh memberi teladan yang baik kepadanya iaitu bapanya.

“Dia sentiasa seorang bapa yang baik. Saya beruntung kepada saya ada contoh di depan mata yang boleh beri saya bukti bahawa kalau kita kerja keras dan buat benda yang kita suka dengan baik dan tidak berputus asa, Insya Allah ada hasilnya.

“Harapan saya sama sahaja dengan semua rakyat negara ini iaitu nak beliau buat yang terbaik supaya rakyat semua bahagia. Saya doakan yang berbaik dan sokong dari belakang,” katanya.