fbpx

Ramai Mengaku Adik Beradik Dafi Sejak Bapa Jadi PM

Nama penyanyi Dafi tidak lekang menjadi bahan bualan netizen sejak bapanya Dato Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9.

Meksipun ada yang mengecam dan mengkritik, namun ada yang measih memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi itu serta meminta Dafi supaya tidak peduli dengan kata-kata negatif.

BACA: Empat Tahun Berehat, Dafi Rindu Nak Menyanyi

“Jangan terlalu layan kata-kata negatif netizen. Jangan buat perkara yang tak elok ya,” kata netizen.

Namun, lebih lucu apabila ada yang berseloroh mengatakan mereka sudah menjadi adik beradik Dafi sejak bapanya bergelar PM dek kerana kita kan ‘Keluarga Malaysia’.

Apa pun Dafi sememangnya sudah bersedia dengan segala kritikan apatah lagi sudah 13 tahun berada dalam industri hiburan tanah air.