fbpx

Dafi Akui Tiada Teman Wanita Kerana Kurang Romantik

Kalau bercerita yang Dafi atau Gaddafi sukar untuk mencari teman wanita, pasti ada yang susah mahu percaya. Apa sahaja yang tiada pada penyanyi ini, bergelar anak VVIP bukankah satu bonus? Heh.

Dalam kenyataan terbaru kepada mStar Online, Dafi mengakui yang dirinya sudah enam tahun menjalani kehidupan solo tanpa teman wanita kerana menyifatkan diri sebagai kurang romantik.

“Memang saya bukan seperti kebanyakan lelaki yang bersifat budiman dan romantik.Mungkin kerana itu saya tiada kekasih kut,” seloroh Dafi tentang kisah cintanya & berharap akan kahwin lima tahun lagi.

Dalam laporan sama, Dafi menyebut yang ada di’kalangan individu yang beliau kenal mahu bergelar kawan kerana ingin mengambil kesempatan ke atas status beliau sebagai anak Menteri di Malaysia.

“Mereka ingat, berkawan dengan saya akan memudahkan mereka untuk mendapatkan projek-projek perniagaan daripada bapa saya?”