Dafi Akui Ada Yang Cuba Dekati Selepas Bapa Jadi PM
Bergelar anak kepada perdana menteri, penyanyi Dafi mengakui tidak terlepas menjadi mangsa kecaman netizen tidak berpuas hati mengenai soal pentadbiran negara.
Bagaimanapun, Dafi berkata dia tidak mahu campur tangan dalam urusan kerja bapanya. Ujarnya, dia mengambil pendakatan untuk mengabaikan komen negatif dilemparkan kepadanya.
BACA: Dafi Mahu Isteri Kelakar, Boleh Buat Dirinya Ketawa Setiap Hari
“Politik bukan bidang saya dan saya tidak suka bercakap mengenai perkara yang saya tidak tahu. Saya tidak berani nak menjawab jika ada sebarang kecaman berkaitan pentadbiran negara kerana saya tak mahu terlibat.
“Saya hanya melihat daripada sudut positif sahaja. Mungkin setiap kecaman itu adalah luahan mereka yang terkesan dengan keadaan sekarang ini,” katanya.
Bangga dengan kempimpinan bapanya, Dafi juga menyedari ada pihak yang cuba rapat dengannya selepas bapa bergelar Perdana Menteri ke sembilan.
“Saya melihat sendiri bagaimana ayah bekerja keras sebagai seorang pemimpin. Sebagai anak tidak salah untuk saya rasa bangga.
“Betul ada orang yang cuba dekat dengan saya selepas ayah menjadi PM. Tetapi apabila usia saya meningkat, saya lebih suka untuk kecilkan kelompok kawan rapat,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Lps PRN Johor ni cpt2 la bubar parliamen tendang jek bpk ko tu. Kita tngk sapa yg jd pm lps ni?
Jovian pharmacy mcm mana pulak .. dari fesyen designer buka pharmacy pulak ke ?
Alah mende nk heran tu kecuh jp psl RFID amik alih semua tol dulu sykt SMtrack tu menantu si Jahid komedi yg jd salah sorg pengarah. Pastu dia jugak dpt kontrak utk bina talian 5G yg smpai skang x jd apa pun!!! Bila ameno jd krjn mmg kroni2 diorg laa yg bg2 tender. Kalau x nk wtpe diorg masuk politik? Sbb bangsa, agama dan negara???? Tu org melayu bodoh jek percaya, sbb nk jd kaya laa…
waste of time, pak die lembab sama macam jais seperti lagu kak jat
dafi…suh ayah luluskn kwsp 10k cpt..rakyat ssh skrg & rakyat xmnta duit kjaan.mnta duit sndiri pn azab..
Kwsp ni betul ke 100% duit korg?? Cuba tngk kt pay slip gaji korg brp peratus duit korg? Brp peratus duit majikan dan brp peratus krjn tambah??! Sbb tu krjn x bg sbb duit krjn pun ada kt situ. Kalo mmg 100% duit ko mcm dlm akaun bank tu yer laa sukati korg laa bila2 nk keluar. Ni sbb ada duit krjn dan majikan dan krjn pulak dah labur duit tu kt mcm2 tmpt. Kalau krjn nk bg maknanya krjn kena cashkan atau jual saham2 dlm tmpt2 yg dah dilabur. Bila semua tu dah jual dah tentu krjn yg rugi. Bila ekonomi krjn jd makin lemah xde modal nk pusing utk bayar mcm2 keperluan negara mcm mana krjn nk bayar?! Nk berhutang lg?!
Apak nko serba serbii LEMBAPPP!!
Biar diorang keluar kan duit kwsp, semangat B40 tu cukup kuat, nanti anak cucu pun boleh sambung carta B40…