Peka dengan situasi yang melanda kerajaan kini, penyanyi Dafi AF menyuarakan pendapat tentang perkara yang pastinya turut sama diperkatakan ramai pihak sekarang. Dafi menjelaskan kerajaan perlu terbuka dan menerima kritikan dan teguran daripada rakyat selagi ia tidak melampau dan keterlaluan.

BACA: Dafi AF Tenang Jawab Kritikan Peminat Di Instagram


“Selagi tidak keterlaluan bagus mereka (kerajaan) dikritik tetapi biarlah kritikan yang membina. Kalau ada teguran baru mereka tahu di mana silap dan kekurangan mereka dan sebagai manusia, tidak semuanya kita sempurna,” katanya kepada Malaysian Digest.

Menurut Dafi yang juga merupakan anak kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri ini, masyarakat usah mempertikaikan keputusan kerajaan sebaliknya memahami sedalamnya mengenai sesuatu perkara sebelum memberikan pandangan atau komen di laman sosial.

“Saya jadi artis pada tahun 2007 tetapi bapa saya berjinak-jinak dalam politik sejak saya dari zaman sekolah lagi dan pada tahun 2008 baru dia berjaya bergelar ahli politik. Bagi saya, jika seseorang itu memang tidak layak memengang jawatan atau berada di satu-satu posisi itu, dalam apa cara pun dia tetap tidak akan berada di situ”

“Macam saya sebagai belia, kadang-kadang saya ada memberikan pandangan, bertanya dan tegur ayah kalau saya rasa tak puas hati mengenai sesuatu perkara itu. Saya beri pendapat saya dan kemudian ayah saya beri penjelasan dan baru saya nampak gambaran yang jelas dan lebih faham”


“Jangan kita bertindak seolah-olah kita tahu seratus peratus tentang sesuatu perkara itu walhal pengetahuan kita terhadap perkara itu hanya 10 peratus,” katanya. (rtky/s)