Bukan mudah untuk seorang artis melayan kerenah peminat mahupun pengkritik setiap hari terutama di laman sosial. Seringkali di ruangan komen ialah spam daripada peniaga online namun kami tertarik dengan jawapan Dafi AF yang tampil bersahaja menjawab salah satu komen di Instagram miliknya berkaitan dengan percutian keluarganya ke China ketika ini.

Tidak mudah melatah, Dafi menceritakan kembali bagaimana kehidupan keluarga bapanya bermula bawah sehinggalah ke hari ini.


Screen Shot 2014-12-24 at 9.43.13 AM

BACA: Dafi Usaha Keras Terbit Album Baru, Tak Harap Duit Dan Bantuan Bapa

Jika diteliti daripada jawapan Dafi, memang ada betulnya juga. Jika hidup sentiasa memberi alasan dan sentiasa melihat kesenangan hidup yang dikecapi orang lain secara negatif, sampai bila bila pun kita akan berada di bawah, ye tidak? (rtky/syfq)