Pelakon Fattah Amin dilihat memuat naik hantaran meluangkan masa bersama anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.
Menerusi perkongsian di TikTok, Fattah berharap masa akan bergerak sedikit perlahan agar dia dapat meluangkan masa bersama anaknya.
BACA: Fattah Amin, Amira Othman Belum Sedia Dedah Wajah Anak

“My forever little girl. Fatima semakin membesar, tapi daddy berharap waktu akan bergerak sedikit perlahan,” tulisnya.
Diruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kebahagiaan Fattah dan Fatima kerana cinta pertama anak perempuan adalah bapanya.