fbpx

Sharnaaz Nak Peluk Fizi, Minta Jangan Pisahkan Anak & Bapa

Kemelut dilalui penyampai radio, Fizi Ali turut mendapat perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad yang meminta agar hubungan bapa dan anak tidak dipisahkan.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Sharnaaz berkata dia tidak pernah bertemu dengan Fizi namun memahami apa yang dilalui oleh penyampai radio itu.

BACA: Fizi Ali Menangis Rindu Anak, Dua Bulan Tak Jumpa

“Hanya yang lalui akan faham. Aku tak pernah jumpa Fizi tapi aku nak peluk kau brother. Aku tak nak tahu betul atau salah tapi jangan sesekali pisahkan bapa dan anak..apa pun alasannya,” tulisnya.

Terdahulu, Fizi Ali tidak dapat menahan air mata apabila ditanyakan mengenai anaknya, Ameena Sofia yang sudah hampir dua bulan tidak bertemu.

Malah, Fizi terkilan apabila prosiding sulh hak hadanah anaknya tidak mencapai kata sepakat dengan bekas isterinya, Shakilla Khoriri.