fbpx

Zaman sekarang untuk memiliki rumah mahupun menyewa rumah banyak benda yang kena dititikberatkan. Selain semua kemudahan diambil kira, faktor keselamatan pun merupakan satu faktor yang sangat penting.

 

Korang yang tinggal di Setapak tu, yang nak keselesaan terjamin di samping mempunyai gaya hidup sihat yang sempurna jangan sesekali lepaskan peluang untuk memiliki condominum Curvo Residences @ Setapak yang kini mengalu-alukan kedatangan korang.

Curvo Residences – Fasa Kediaman Akhir @ SkyArena, Setapak

Ruang yang selesa dan segala kemudahan disediakan berdekatan Curvo Residences @ Setapak akan membuatkan korang takkan cari rumah lain. Mana tak nya, semuanya lengkap plus siap boleh beriadah dengan tenang lagi. Takkan tak mahu!

Kalau korang nak tahu, Curvo Residences ialah fasa kediaman terakhir pembangunan bersepadu pertama di Setapak, SkyArena.

Lokasi yang strategik

SkyArena merentasi 28 ekar hartanah utama dalam bandar. Projek ini juga menggalakkan gaya hidup yang benar-benar sihat, yang terdiri daripada komponen unik yang berbeza – Kediaman, Sukan dan Komersial.

Terdapat lebih daripada 50 kemudahan di pelbagai peringkat dari aras tanah ke aras atas mencakar langit. Contohnya terdapat taman irama alam semula jadi, kolam pusingan infiniti, gimnasium, bilik nyanyian dan pemandangan langit dari kediaman masing- masing serta banyak lagi kemudahan yang korang akan dapat.

Semua kemudahan ini direka untuk menggalakkan kesejahteraan fizikal dan menggalakkan penduduk kekal aktif dalam keselesaan kondominium sendiri.

Kawasan Yang Urbanity

Pemandangan panoramik skyline KL

Nak memiliki rumah yang dikelilingi suasana cantik dan persekitaran yang sempurna umpama dalam sebuah lukisan, korang sebagai bakal pemilik rumah haruslah kaji setiap sudut sebelum membuat keputusan untuk memilikinya.

Dengan Curvo Residences @ Setapak ini korang dah tak perlu nak kaji dan teliti dengan lebih lama semuanya ada. Paling best bab transport memang terbaik. Dekat serba serbi lah orang kata.

Lebuhraya

– Jalan Genting Klang
– MRR2
– DUKE
– AKLEH

Pengangkutan awam

– LRT Wangsa Maju
– LRT Sri Rampai
– LRT Setiawangsa
– MRT Setapak (Akan Datang)

Mercu Tanda

– Menara Berkembar Petronas
– Menara Kuala Lumpur
– Merdeka PNB 118
– Tun Razak Exchange (TRX)

Bukan tu saja, bila korang menginap di Curvo Residences @ Setapak korang dah tak perlu fikir dan pening kepala dan mana nak cari sekolah yang dekat dengan anak korang. Yalah nak memudahkan korang untuk ambil juga, tak perlu nak hadap jem berjam-jam. Paling penting hospital pun dekat tau dengan condominium yang bakal jadi rumah mewah korang ni.

Pendidikan

-Kolej Universiti TAR
-Sekolah Antarabangsa Sri Utama
-Sekolah Antarabangsa Fairview
-UTM Kuala Lumpur

Hospital

-Hospital Columbia Asia
-Hospital Besar Kuala Lumpur
-Hospital Pakar KPJ Tawakkal KL
-Hospital Gleneagles Kuala Lumpur
-Institut Jantung Negara (IJN)

Kemasukan yang megah

Bila dah semua dekat dengan rumah senang lah kerja mak-mak nak urus anak nanti. Tak perlu susah payah pergi jauh jauh hantar anak sekolah. Balik sekolah nak kena kemas rumah pula kan, memang masa tu terhad kalau semua benda ni jauh belaka.

Ha sebut pasal mak-mak ni, ada satu port buat mak-mak happy dan yang pastinya tengok dari rumah pun dah nampak port ni. Korang mesti nak tahu port apa kan? Ni ha port membeli belah buat mak-mak hilang stress. Dekat sangat dengan rumah, tunggu nak pergi dengan tak jer.

-Setapak Central Mall
-Wangsa Walk Mall
-Great Eastern Mall
-Melawati Mall
-M3 Shopping Mall
-AEON Big Wangsa Maju
-AEON Big Danau Kota
-Giant Hypermarket Setapak
-AEON Mall Wangsa Maju

Rekreasi

-Kompleks Sukan SkyArena
-Taman Titiwangsa
-Taman Rekreasi Air Panas Setapak
-Taman Batu Metropolitan
-Kelab Golf Diraja Selangor
-Taman KLCC

Jalan raya yang dibarisi dengan pokok yg sangat eksklusif sepanjang 200m

Jadi apa tunggu lagi, kalau korang nak tahu Curvo Residences memenuhi piawaian pematuhan QLASSIC dan mempunyai pensijilan Bangunan Berperakuan Hijau.

Sebanyak 3.5 ekar landskap daripada pembangunan keseluruhan untuk menggalakkan konsep hidup sihat yang akan memenuhi bukan sahaja pembeli rumah kali pertama tetapi juga keluarga berbilang generasi yang ingin tinggal di unit bersebelahan.

Konsep jalan masuk yang dibarisi pokok sepanjang 200m memberikan pengalaman memandu pulang ke kedamaian dengan penuh ketenangan dari bandar yang sibuk.  Jangan tak tahu, Curvo Residences direka dengan unit orientasi utara-selatan yang dilengkapi dengan pencahayaan dan pengudaraan semula jadi.

Cepat dan jangan lepaskan peluang ini untuk memiliki sebidang hartanah berprestij ini. Untuk maklumat lanjut layari Curvo Residences atau terus hubungi nombor (03) 9212-3116. Nak lagi mudah jangan lupa kunjungi SkyWorld Gallery @ Setapak.