fbpx

“Curang Perlu Kerja Keras, Kena Padam Semua Mesej, Lock Phone”

Teka-teki mengenai rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusuf yang dikatakan dilanda badai hangat diperkatakan apabila Puteri Sarah sebelum ini didakwa muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.

Meskipun tiada sebarang pengesahan, namun perkongsian di Instagram kata-kata hikmah berkaitan curang dan tidak setia oleh Puteri Sarah seolah memberi bayangan hubungan mereka berdepan masalah.

BACA: Rumah Tangga Dilanda Badai, Puteri Sarah Akui Memang Banyak Syaitan

“Curang adalah pilihan, bukan kesalahan. Curang ini perlu kerja keras, kena padam semua mesej, sentiasa lock phone, kena fikir ayat untuk tipu. Terlalu susah untuk curang, lebih baik setia,” menerusi muat naik di Insta Story.

Dalam pada itu, menerusi posting terdahulu, Puteri Sarah berharap agar tahun 2021 akan memberi kebahagian terhadap dirinya dan anak-anak.

“Tiga bulan menjelang tahun 2021, semoga masa depan yang lebih baik dan bahagia bagi saya dan anak-anak. Menuju ke arah kehidupan yang lebih baik…Insya-Allah,” tulisnya.

Puteri Sarah turut berkongsikan petikan kata-kata nukilan pakar motivasi Profeser Dr Muhaya Mohamad mengenai ego.

Terdahulu media melaporkan kelibat Puteri Sarah yang memakai jubah dan bertudung hitam dikatakan hadir bersama seorang wanita yang didakwa ibu mentuanya dilihat oleh mereka berada disitu masuk ke bahagian undang-undang keluarga.

Malah, Puteri Sarah dilihat tidak lagi menngikuti suaminya di Instagram. Malah, kali terakhir Syamsul memuat naik gambar bersama isteri dan anak-anak di Instagram sejak Mei lalu, manakala gambar bersama Puteri Sarah pula pada November tahun lalu.